Luka Terbakar

5:00 AM
DEFINISI
Terbakar adalah kecederaan tisu badan, seperti kulit atau salur pernafasan, yang mungkin disebabkan objek panas, bahan kimia, atau kebakaran elektrik.
TERBAKAR PERINGKAT PERTAMA (RINGAN)
Mempengaruhi lapisan luar kulit, menyebabkan rasa sakit, kemerahan, dan bengkak. Biasanya mengambil 3 hingga 6 hari untuk sembuh. Sebagai contoh: kesan terbakar oleh matahari, tersentuh benda panas atau haba.
 
TERBAKAR PERINGKAT KEDUA (SEDERHANA TEBAL)
Melibatkan lapisan luar dan lapisan dalam kulit, menyebabkan rasa sakit, kemerahan, bengkak, dan melecur. Biasanya sembuh dalam waktu kurang dari 3 minggu, bergantung kepada tahap kebakaran. Penyembuhan akan memakan masa yang lama apabila kulit terbakar lebih dalam atau lebih tebal.
 
TERBAKAR PERINGKAT KETIGA (TEBAL)


Melibatkan lapisan tisu yang lebih dalam, menyebabkan kulit bertukar warna putih, coklat atau hitam, dan berasa kebas. Keadaaan ini memerlukan rawatan penggantian kulit dan memerlukan masa yang lebih dari 3 minggu untuk sembuh.
 
PENYEBAB
o   Kulit terbakar: Kepanasan kering (seperti api), kepanasan basah (seperti wap atau cecair panas), sinaran, geseran, objek yang panas, matahari, elektrik, atau bahan kimia.
o   Saluran pernafasan terbakar: Asap, stim, hawa udara yang panas, udara toksik terutamanya di ruangan yang kurang pengudaraan.
o   Luka terbakar pada kanak-kanak boleh juga disebabkan kesan penderaan.
 
SIMPTOM – SIMPTOM
·         Melecur
·         Bengkak
·         Kulit berwarna merah / putih atau hangus.
·         Pengupasan kulit
·         Kejutan (“Shock”) - Perhatikan sekiranya kulit pucat dan basah, bibir dan kuku kebiruan, dan pesakit kurang sedar.
·         Sakit (Tahap kesakitan tidak bergantung kepada tahap luka kesan terbakar. Kesan luka terbakar yang paling serius boleh menyebabkan sakit tidak dapat dirasa).
 
 
SIMPTOM LUKA TERBAKAR PADA SALURAN PERNAFASAN
§ Kesan terbakar (hangus) pada mulut; bibir terbakar
§ Bulu hidung atau bulu kening terbakar     
§ Kesan terbakar pada kepala, muka, atau leher dengan lendir berwarna legap kesan daripada kehadiran karbon
§ Susah bernafas , batuk
§ Perubahan nada suara
PANDUAN PENJAGAAN KENDIRI
Luka terbakar ringan atau sederhana tebal boleh dirawat di rumah. Alirkan air paip (bukan air sejuk) pada kawasan terbakar selama 10 hingga 30 minit, atau sehingga kesakitan berkurangan.
Jangan pecahkan ‘bilster’ pada luka terbakar. Anda boleh membalut luka terbakar dengan plastic ‘cling-film’ untuk mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan penyembuhan luka. Dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin dari klinik atau jabatan kecemasan berdekatan.
Untuk luka terbakar tebal atau yang disebabkan oleh bahan kimia atau elektrik, dapatkan bantuan perubatan kecemasan dengan segara.
 
§ Jangan menggunakan ubat sapu, mentega, ais, ubat, kapas, pelekat, krim, semburan berminyak, atau sebarang bahan rumah yang menyumbang kepada kebakaran. Ini boleh mengganggu proses penyembuhan.
§ Jangan biarkan luka terbakar tercemar. Elakkan bernafas atau
batuk pada luka terbakar.
§ Jangan mengganggu kulit yang melecur atau kulit mati.
§ Jangan berikan mangsa kebakaran apa-apa melalui mulut, jika ada luka bakar yang parah.
§ Jangan gunakan penekan yang dingin dan jangan menenggelamkan luka terbakar yang parah di dalam air yang dingin.
§ Jangan letakkan bantal di bawah kepala mangsa terbakar sekiranya ada saluran pernafasan yang terbakar dan pastikan mangsa kebakaran terbaring. Ini boleh menutup saluran pernafasan.
RAWATAN
PANDUAN PENGUBATAN KENDIRI- Ubat untuk Luka Terbakar
(sila klik nama ubat di bawah untuk maklumat lanjut):
 
¨      Povidine Iodine
¨      Silver Sulfadiazine
RAWATAN LAIN
 
Luka terbakar peringkat pertama
·         Kulit boleh disapu dengan pelincir kulit seperti Eucerin atau krim lidah buaya atau losyen.
·         Balutan tidak diperlukan.
·         Ubat antihistamine (contohnya chlorpheniramine, loratadine) boleh digunakan untuk mengurangkan kegatalan.
 
Luka terbakar peringkat kedua dan ketiga
·         Biasanya memerlukan rawatan antibiotik sehingga luka tertutup.
·         Luka terbakar harus dibalut untuk melindungi luka dan harus dibiarkan kering. Pesakit luka terbakar perlu mendapatkan imunisasi tetanus.
·         Ubat penahan sakit (contohnya paracetamol, mefenamic acid) boleh digunakan untuk mengurangkan rasa sakit.
HUBUNGI DOKTOR ANDA JIKA...
  • Lebih dari 1% permukaan kulit yang terbakar (lebih daripada saiz tapak tangan pesakit).
  • Bahagian terbakar adalah muka, leher, bahagian sulit, tangan, atau kaki.
  • Pesakit berumur kurang dari 12 tahun atau melebihi 60 tahun.
  • Luka terbakar yang besar atau parah.
  • Luka terbakar disebabkan bahan kimia atau renjatan elektrik.
  • Anda tidak pasti tentang betapa seriusnya luka terbakar itu.
  • Mangsa menunjukkan tanda-tanda renjatan.
  • Luka terbakar menunjukkan tanda-tanda jangkitan
PENCEGAHAN
 
  • Pasang penggera asap di rumah anda dan periksa sekali seminggu.
  • Gunakan ciri keselamatan yang ‘mesra kanak-kanak’ di dalam rumah.
  • Elakkan memakai pakaian sintetik ketika memasak.
  • Lakukan latihan kebakaran di tempat kerja dan di rumah.
  • Rancang dan amalkan laluan kecemasan kebakaran bagi keluarga. Ingatkan kanak-kanak supaya merangkak di bawah asap dan merasa pintu tertutup: jika pintu atau pemegangnya terasa panas, jangan buka pintu tersebut.
  • Di dapur, pusing pemegang periuk mengarah ke dalam, menjauhi kanak-kanak.
  • Gunakan pelindung dapur, pembuat kopi automatik, pemanas mudah alih tahan api dan pakai sarung tangan panjang (hingga ke pergelangan tangan) bagi memegang periuk.
  • Semua bahan kimia dan agen penyebab (termasuk bateri, yang boleh menyebabkan luka terbakar kimia jika tertelan) harus disimpan di tempat yang tinggi dan dikunci jauh dari kanak-kanak.
  • Gunakan sarung tangan dan pelindung mata ketika mencampur dan menggunakan bahan-bahan kimia di rumah, seperti pembersih ketuhar.
  • Jangan merokok berhampiran bahan mudah bakar.
  • Jika pakaian yang dipakai sedang terbakar, kelubung dan bungkus badan dalam selimut atau berguling di atas tanah.
RUJUKAN
  1. Laman web: http://dir.yahoo.com/Health/Diseases and Conditions/ Burns/
  2. Laman web: http://health.yahoo.com/health/Disease and Condition Disease feed Data/Burns/
  3. Laman web: http://www.burnremedies.com/
  4. Laman web:  http://findarticles.com/p/articles/mi_m0876/is_n62/ai_122966 06/
  5. Laman web: http://www.medscape.com/viewarticle/432534
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)