Jerawat

8:30 AM
Satu masalah kulit yang menyebabkan jerawat di bahagian muka, dada atau di bahagian belakang badan yang berbentuk jeragat putih (whiteheads) dengan nanah dan kadang kala jeragat hitam (blackhead) atau benjolan merah.

APAKAH PENYEBAB JERAWAT?
Keturunan, hormon, jangkitan bakteria, liang roma yang tersumbat dan keradangan kulit boleh menjadi punca dan penyebab jerawat. Folikel rambut atau liang roma anda mengandungi kelenjar sebum yang menghasilkan sebum. Kebarangkalian untuk mendapat masalah jerawat semakin tinggi sekiranya anda mempunyai sebum yang banyak.
Apabila liang roma tersumbat dengan terlalu banyak sebum dan keratin (sel kulit yang mati), ia akan membentuk gumpalan yang menyumbat liang roma yang dipanggil comedones. Sekiranya liang roma yang tersumbat itu tertutup, tetapi tertonjol keluar daripada kulit, ia dipanggil jeragat putih (whitehead). Sekiranya liang roma yang tersumbat itu terbuka, dan permukaan atas gelap, ia dipanggil jeragat hitam (blackhead).

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN JERAWAT BERTAMBAH SERIUS

·         HORMON
-       Tekanan psikologi
-       Kitar haid

·         FAKTOR PERSEKITARAN
-       Kelembapan yang tinggi menyebabkan kulit membengkak
-       Kosmetik – terutama sekali penggunaan pelembap tertentu dan bedak asas
-       Persekitaran kerja yang terdedah dengan minyak dan pelincir

·         UBAT-UBATAN
-       Kontraseptif (pil perancang kehamilan) tertentu

SIMPTOM
  • Ruam kulit pada bahagian muka, dada, leher, bahagian belakang, bahu atau di bahagian lain
  • Comedones (jeragat putih atau jeragat hitam)
  • Kulit kemerahan
  • Keradangan kulit
  • Pigmentasi (kulit menjadi gelap)
  • Kulit menjadi berkerak
  • Pembentukan parut

KOMPLIKASI
  • Fizikal - Parut yang kekal pada bahagian muka
  • Psikologi- Keyakinan diri akan terjejas

PENJAGAAN KENDIRI

  • Basuh muka anda menggunakan sabun dan air atau antiseptik dua kali sehari dan keringkan dengan tuala yang lembut.
  • Sikat rambut anda ke belakang bagi mengelakkannya terkena bahagian muka
  • Guna pelembap yang berasaskan air (water-based)
  • Elakkan dari menggunakan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau krim pelindung cahaya
  • Jangan memicit atau menggaru jerawat, jeragat hitam (blackhead) atau jeragat putih (whitehead) yang boleh menyebabkan parut pada kulit.
  • Jangan letakkan tangan pada muka anda kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit muka.
  • Memakai pakaian longgar jika jerawat terdapat di bahagian belakang atau dada.

RAWATAN

PANDUAN PENGUBATAN KENDIRI- Ubat untuk merawat jerawat
(sila klik nama ubat di bawah untuk maklumat lanjut):



UBAT-UBATAN PRESKRIPSI

1.    Isotretinoin

2.    Antibiotik yang diambil secara oral
  • Erythromycin
  • Tetracycline
  • Doxycylcine
  • Minocycline
3.   Retinoids (ubat sapu)
  • Adapalene
  • Tretinoin
RUJUKAN
  1. Website: http://www.derm-infonet.com/acnenet/
  2. Website: http://www.skincarephysicians.com/acnenet/prescriptmeds.html
  3. Website: http://www.skincarephysicians.com/acnenet/treatment.html
  4. The Reader’s Digest Family Guide to Alternative Medicine.
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)