PEDIH ULU HATI DAN KETIDAKHADAMAN

8:23 AM
Pedih ulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.
 
Ketidakhadaman pula merupakan rasa tidak selesa di bahagian atas saluran gastrointestinal disebabkan oleh pemakanan. Tanda-tanda dan simptom ketidakhadaman termasuklah:
·         Rasa tidak selesa, sakit ataupun kejang di bahagian perut
·         Sendawa
·         Rasa loya dan tiada selera makan
·         Rasa kembung atau penuh di bahagian perut
 
Perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan boleh membantu melegakan simptom-simptom berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati ini.
 
PENYEBAB PEDIH ULU HATI :
 
 
Pedih ulu hati terjadi apabila asid perut tertolak naik ke bahagian esofagus (refluks) dan menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus.  Refluks ini terjadi disebabkan oleh injap yang memisahkan esofagus dan perut tidak tertutup dengan sempurna.
 
Pedih ulu hati biasanya terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya meningkat apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar. Rasa sakit biasanya berkurang dalam keadaan berdiri tegak, meminum air atau menelan air liur ataupun mengambil antasid (peneutral asid dalam perut).
 
FAKTOR DAN RISIKO :
 
·         Mengambil makanan yang melemahkan otot injap esofagus seperti makanan pedas, berempah dan coklat.
·         Pengambilan alcohol dan kafein.
·         Makan dalam kuantiti yang banyak dan tidak mengunyah dengan perlahan.
·         Melakukan aktiviti fizikal sejurus selepas makan.
·         Diet rendah serat.
·         Mengalami tekanan dan kemurungan.
·         Berlebihan berat badan.
·         Memakai sesuatu yang ketat di bahagian pinggang (contohnya tali pinggang yang ketat).
·         Mengandung.
·         Merokok.
·         Ubat-ubatan tertentu (contohnya, aspirin, ubat anti keradangan jenis bukan steroid (NSAIDs), alendronate, risedronate, doxycycline, minocycline).
*              
*             PENJAGAAN KENDIRI :
*              
Perubahan diet dan cara hidup boleh membantu mengurangkan dan menghalang simptom-simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman termasuklah:
 
·         Makan makanan yang kurang lemak dan kurang pedas, coklat, rasa pudina dan makanan-makanan lain yang diketahui boleh menyebabkan simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman.
·         Makan dalam kuantiti yang sedikit.
·         Makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.
·         Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein (contohnya kopi, teh atau cola). 
·         Jangan makan 2-3 jam sebelum tidur.
·         Jangan berbaring selepas makan.
·         Elakkan memakai pakaian yang ketat di bahagian pinggang.
·         Tinggikan sedikit bahagian kepala semasa berbaring sekiranya mengalami simptom.
·         Tidak melebihi berat badan ideal.
·         Jangan merokok.
·         Amalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tekanan.
 
 
*             RAWATAN :
PENGUBATAN KENDIRI  - Ubat Untuk Pedih Ulu Hati Dan Ketidakhadaman                                                                       (sila klik nama ubat di bawah untuk maklumat lanjut):
 
¨      Aluminium Hydroxide
¨      Cimetidine
¨      Famotidine
¨      Magnesium Trisilicate
¨      Ranitidine
 
*             UBAT-UBATAN PRESKRIPSI
*             Di antara ubat-ubatan untuk rawatan pedih ulu hati dan ketidakhadaman yang memerlukan preskripsi adalah seperti berikut :
·         Penghalang pam proton (PPIs) (contohnya esomeprazole, omeprazole, lansoprazole). Ia bertindak menghalang sistem yang mengepam asid ke dalam perut.
 
NOTA PENTING :
Jumpa doktor dengan segera sekiranya:
 
·         Kali pertama mengalami simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman terutamanya apabila umur telah melebihi 40 tahun.
·         Mengalami simptom-simptom berkaitan beberapa kali dalam masa seminggu.
·         Tidak dapat tidur pada waktu malam disebabkan simptom-simptom berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati.
·         Pedih ulu hati dan ketidakhadaman semakin teruk dan tidak berkurang walaupun dengan rawatan.
·         Mengalami kesakitan semasa hendak menelan.
·         Najis berwarna hitam ataupun berdarah.
·         Mengalami muntah.
·         Penurunan berat badan.
·         Simptom bertambah buruk selepas senaman.
·         Mengalami sesak nafas, berpeluh atau sakit di bahagian rahang, leher ataupun lengan.
 
RUJUKAN :
1.    Laman web: http://www.emedicinehealth.com
2.    Laman web: http://www.nlm.nih.gov/medlineplus
3.    Laman web: http://www.mims.com
4.    Pharmacy Self Care Health Information, Pharmaceutical Society of Australia, June 2009.
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)