MATA MERAH DAN KERING

8:23 AM
Mata merah dan kering adalah sebahagian daripada tanda-tanda penyakit berkaitan dengan mata. Sebahagian daripada masalah ini adalah tidak merbahaya, tetapi sebahagian lagi adalah serius dan boleh menyebabkan kebutaan. Doktor, ahli farmasi, serta pegawai optometri boleh membantu mengenalpasti punca kemerahan dan kekeringan mata, dan memberikan nasihat mengenai rawatan-rawatan yang bersesuaian.
Kemerahan mata
Kemerahan mata sering berpunca daripada konjuktivitis. Ini adalah keradangan yang berlaku pada konjuktiva, iaitu selaput mukus jernih yang menyelaputi mata putih dan melapisi bahagian dalam kelopak mata. Jangkitan kuman, alahan serta iritasi adalah antara penyebab biasa konjuktivitis. Ia boleh melibatkan sebelah atau kedua-dua belah mata.
Kekeringan mata
Mata manusia perlu diselaputi oleh lapisan air mata, yang berlaku setiap kali mata berkerdip. Walaubagaimanapun, mata boleh menjadi kering dan terdedah kepada iritasi sekiranya:
·         Mata kurang berkedip-kedip
·         Air mata yang dihasilkan sebagai pelincir tidak mencukupi
·         Air mata yang terhasil tidak mempunyai bahan yang cukup untuk melindungi mata
·         Air mata yang terhasil tidak cukup lama berada di dalam mata
Kebiasaannya, kedua-dua mata akan terlibat.
 
SIMPTOM DAN PENYEBAB
KeadaanSimptom yang terlibatPenyebab
Konjuktivitis  yang disebabkan iritasiKemerahan mata, gatal, rasa menyucuk dan berairHabuk, asap, klorin dari kolam renang, kepenatan, pengambilan alcohol berlebihan, perbuatan menggosok mata, cahaya matahari, alat kosmetik, bahan kimia, bendasing dalam mata
Konjuktivitis akibat daripada alahanKemerahan mata, gatal, berair. Tiada rasa sakit atau tidak bernanah. Selalunya akan dituruti dengan simptom alahan (bersin, gatal)Bahan penyebab alahan seperti  debunga, bahan-bahan kosmetik, bahan kimia
Konjuktivitis infektif
Berpunca dari bacteria: kemerahan mata, rasa menyucuk. Bernanah.
Berpunca dari virus: kemerahan mata, sakit, dan mata menjadi berair tetapi mempunyai sedikit nanah.
Bakteria atau virus
Kekeringan mataRasa pedih, rasa terbakar, mata terasa penat, mata berair, mucus berserabut di dalam dan sekeliling mata, penglihatan kabur, mata menjadi sensitive kepada cahaya, masalah ketika memakai kanta lekapProses penuaan,   blepharitis, masalah mata, kanta lekap, persekitaran yang kering, penggunaan komputer.
 
PENJAGAAN KENDIRI
·         Pakai kacamata hitam apabila berada di bawah keadaan yang terang atau berangin.
·         Pakai alat pelindung mata semasa berenang, atau ketika bekerja dengan mesin dan bahan kimia.
·         Cuba untuk kenalpasti punca alahan.
·         Jangan gosok mata.
·         Kerdipkan mata dengan lebih kerap untuk mengatasi kekeringan mata.
·         Elakkan meniup terus ke dalam mata (e.g.contohnya penggunaan alat pengering rambut, kipas).
·         Ambil masa rehat yang bersesuaian semasa membaca atau menggunakan komputer.
·         Pastikan pencahayaan baik.
·         Hadkan pengambilan alkohol.
·         Elakkan asap rokok.
·         Jangan gunakan produk mata individu lain atau yang dipreskribkan untuk orang lain.
·         Buangkan semua ubat titis mata dan ubat salap mata 28 hari selepas dibuka untuk mengelakkan kontaminasi.
·         Lakukan pemeriksaan secara berjadual dengan Pegawai Optometri.
RAWATAN
 
PANDUAN PENGUBATAN KENDIRI- Ubat untuk Mata Merah dan Kering
(sila klik nama ubat di bawah untuk maklumat lanjut):
 
¨      Antazoline phosphate
¨      Carbomer
¨      Gentamicin eye drops
¨      Polyvinyl alcohol
¨      Sodium cromoglycate
¨      Sodium hyaluronate
 
BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKAN UBAT TITIS MATA
1.    Basuh tangan dan duduk / diri di hadapan cermin.
2.    Dongakkan kepala sedikit ke belakang dan pandang ke hadapan.
3.    Dengan membuka mata. Tarik kelopak mata bawah secara lembut untuk membentuk karung.
4.    Titiskan ke dalam mata daripada tepi mata dan picit satu titis ke dalam karung yang dibentuk tersebut. Jangan biarkan tip atau tiub ubat titis mata tersebut menyentuh bahagian mata , alis mata atau permukaan lain pada mata.
5.    Lepaskan kelopak mata yang ditarik sebentar tadi dan tutupkan mata sebentar.
6.    Tekan secara lembut pada tepi kelopak mata untuk beberapa ketika bagi mengelakkan ubat titis mata.
7.    Untuk titisan mata kedua, tunggu sehingga beberapa ketika selepas titisan yang pertama.
Nota : Untuk kanak-kanak, tutup mata dengan lembut, titiskan sedikit ubat pada belah dalam mata berdekatan dengan hidung. Maklumkan pada kanak-kanak tersebut untuk membuka mata sambil menyengetkan kepala ke tepi.
BAGAIMANA MENGGUNAKAN UBAT SALAP MATA :
1.    Basuh tangan dan berdiri di hadapan cermin.
2.    Sengetkan kepala sedikit dan pandang ke hadapan.
3.    Dengan mata yang terbuka, tarik kelopak mata bawah dengan lembut untuk membentuk karung.
4.    Picitkan sedikit salap mata tersebut (anggaran : 1 cm) ke dalam karung yang dibentuk tadi.
5.    Kerdipkan mata untuk beberapa ketika untuk meratakan ubat salap mata.
6.    Sekiranya anda turut menggunakan ubat titis mata pada masa yang sama, sapukan ubat salap mata ini kemudian.
 
RUJUKAN
  1. Laman web: http://www.emedicinehealth.com
  2. Pharmacy Self Care Health Information, Pharmaceutical Society of Australia, November 2008.
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)