Ketuat

8:17 AM
Ketuat adalah benjolan kecil dan kasar pada kulit, biasanya pada bahagian tangan atau kaki. Ia disebabkan jangkitan virus Human papilloma virus (HPV) yang menyebabkan sel kulit membahagi dengan cepat dan akan membentuk ketumbuhan.
 
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KETUAT?
 
UMUR
Ketuat boleh terjadi pada kanak-kanak dan orang dewasa. Ia boleh terjadi pada kaum lelaki dan wanita dengan sama rata. Kanak-kanak berusia 12-16 tahun lebih kerap mendapat ketuat, mungkin disebabkan pendedahan yang tinggi kepada virus di sekolah dan juga kemudahan-kemudahan sukan.
 
PENYEBARAN
Anda boleh mengalami ketuat melalui sentuhan secara langsung dengan pesakit ketuat dan sentuhan secara tidak langsung dari tempat-tempat seperti kolam renang. Ketuat boleh merebak dari satu bahagian ke bahagian yang lain pada badan. Selalunya ketuat merebak melalui kulit yang pecah atau kulit yang lembab. Pesakit yang sedang mangambil ubat bagi mengawal sistem pertahanan badan, seperti ubat kanser atau HIV, atau mengambil steroid bagi jangka masa panjang akan lebih mudah untuk mendapat ketuat. Virus yang berjangkit dari seseorang semasa hubungan seks akan menyebabkan ketuat pada bahagian sulit.

 
RUPA BENTUK DAN LOKASI
Terdapat pelbagai jenis ketuat, contohnya ketuat biasa (common warts), ketuat plantar, dan ketuat plane.
Ketuat yang biasa (common warts) berbentuk bulat dengan permukaan yang kasar. dan selalunya berwarna seperti daging atau lebih gelap daripada kulit. Ketuat jenis ini boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan tetapi selalunya pada bahagian tangan.
Ketuat plantar biasanya kelihatan putih, leper, dan muncul pada tapak kaki. Berat badan anda mungkin menolak benjolan ke dalam dan menyebabkan rasa sakit apabila anda berjalan atau berdiri.
 
MENGENALPASTI KETUAT
Ketuat mempunyai jaringan kapilari darah. Sekiranya lapisan atas kulit dikupas oleh doktor, ia akan menunjukkan tompok hitam atau pendarahan. Pemeriksaan terperinci oleh doctor boleh membezakan ketuat daripada masalah kulit lain seperti calluses, corns, kanser kulit, tahi lalat, atau keratosis.
 
PENJAGAAN KENDIRI
 
·         Bagi sesetengah pesakit, ketuat akan hilang dengan sendiri dalam masa 6 bulan hingga 2 tahun. Bagi kes sebegini, sistem ketahanan tubuh mungkin terhasil untuk sepanjang hidup mereka. Ketuat juga boleh menjadi lali dengan cepat dan boleh berlaku lagi selepas rawatan dilakukan.
 
·         Rawatan dengan ubat tanpa preskripsi perlu dijalankan untuk beberapa minggu, kadang-kadang memerlukan rawatan berterusan selama 12 minggu bagi memastikan rawatan yang sempurna.
 
·         Sekiranya ketuat tidak hilang selepas rawatan 12 minggu, sila jumpa doktor anda untuk rawatan seterusnya.
 
·         Sekiranya ketuat mula berdarah, tekan dengan kapas untuk beberapa minit. Jika pendarahan tidak berhenti, jumpa doktor dengan segera.
 
·         Jangan potong atau bakar ketuat.
 
 
RAWATAN
 
PANDUAN PENGUBATAN KENDIRI- Ubat untuk Ketuat
(sila klik nama ubat di bawah untuk maklumat lanjut):
 
¨      Podophyllum
 
RAWATAN LAIN
 
¨      Pembedahan mungkin diperlukan bagi menanggalkan ketuat dengan kaedah pembekuan (cryotherapy), pembakaran (electrocautery), atau laser.
¨      Vaksin Human Papilomavirus (Human Papilomavirus Recombinant Quadrivalent Vaccine): mengelakkan jangkitan virus yang biasanya menyebabkan kanser serviks dan ketuat pada bahagian sulit.
 
HUBUNGI DOKTOR SEKIRANYA:
Terdapat perubahan pada kulit:
·         Peningkatan saiz dan perubahan warna
·         Pendarahan
·         Gatal
·         Jangkitan berlaku
 
RUJUKAN:
 
1.       Laman web: http://www.aipm.healthy.net/
2.       Laman web: Self Care Guide, Pharmaceutical Services Division, Ministry of Health Malaysiahttp://www.pharmacy.gov.my/self_care_guide
4.       Malaysia Healthcare Guide, p.387. Malaysia: Medimedia Pacific Limited, 1996.
5.       Symptoms in the Pharmacy – A Guide To The Management of Common Illness, Alison Blenkinsopp and Paul Paxton: Blackwell Scientific Publication, London, 1989
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)