KERACUNAN MAKANAN

8:24 AM
Keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
PUNCA-PUNCA:
Punca keracunan makanan yang diketahui boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu agen jangkitan dan agen toksik. Agen jangkitan termasuk virus, bakteria dan parasit manakala agen toksik termasuk cendawan beracun, racun serangga pada sayuran dan buah-buahan.
Di antara agen jangkitan yang biasa menyebabkan keracunan makanan adalah Salmonella, Staphylococcus aureus, Escherichia coli (E. coli) O157:H7, Campylobacter jejuni (C. jejuni), Shigella dan Clostridium botulinum (C. botulinum).
SIMPTOM-SIMPTOM:
Simptom-simptom keracunan makanan yang biasa termasuklah loya, muntah, kekejangan perut dan cirit-birit yang berlaku secara tiba-tiba (dalam masa 48 jam) selepas pengambilan makanan atau minuman tercemar. Ia boleh diikuti dengan simptom-simptom lain seperti demam dan kesejukan, najis berdarah, lemah, penat, dehidrasi dan kerosakan sistem saraf (bergantung kepada jenis pencemaran).
PENJAGAAN KENDIRI:
PEMAKANAN
·         Elakkan makan makanan pejal semasa loya atau muntah. Sebaliknya banyakkan minum air.
·         Elakkan pengambilan alkohol, minuman berkafein ataupun minuman manis. Ambil gantian cecair badan seperti Pedialyte and Rehydralyte untuk mengelakkan dehidrasi terutamanya bagi kanak-kanak.
·         Minuman isotonik yang telah dicairkan juga boleh diambil bagi orang dewasa.
PERUBAHAN GAYA HIDUP
·         Amalkan kebersihan dalam penyediaan makanan.
·         Amalkan penyimpanan makanan pada suhu yang betul. Buang makanan yang telah rosak.
·         Bersihkan sebarang perkakas dan alatan memasak serta permukaan yang telah terdedah kepada daging mentah.
·         Elakkan makanan yang telah dimasak tercemar dengan daging mentah.
·         Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna.
·         Ambil makan dan minum dari sumber yang diketahui selamat dan tidak tercemar ketika di dalam perjalanan.
RAWATAN :
PANDUAN PENGUBATAN KENDIRI - Ubat Untuk Keracunan Makanan                            (sila klik nama ubat di bawah untuk maklumat lanjut):
¨      Activated Charcoal
 
UBAT-UBATAN PRESKRIPSI
·         Ubat-ubatan yang bertindak menghentikan cirit-birit ataupun muntah-muntah boleh digunakan untuk mengurangkan gejala keracunan makanan tetapi elakkan pengambilan ubatan ini sekiranya mengalami demam panas atau najis berdarah. Ubat-ubatan ini juga tidak boleh diberikan pada kanak-kanak yang mengalami gejala-gejala keracunan makanan, tanpa nasihat doktor.
·         Antibiotik digunakan dalam kes-kes yang teruk sahaja. Dalam sesetengah kes, antibiotik boleh menyebabkan gejala keracunan makanan semakin teruk disebabkan pembentukan toksin di dalam badan.
RUJUKAN :
1.    Laman web: Penn State Milton S. Hershey Medical Center Health and Diseases Information accessed athttp://www.hmc.psu.edu/healthinfo/ on 2nd Sept 2010
2.    Laman web: http://www.webmd.com
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)