JANGKITAN KULAT

8:22 AM
Jangkitan kulat pada kulit biasanya berlaku pada tapak kaki, kemaluan, kulit kepala atau kuku.
 
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM-SIMPTOM
 
ATHLETE’S FOOT (TINEA PEDIS)
 
Pada tapak kaki – pecah, gelembung, menggelupas di kawasan antara ibu jari kaki, kemerahan dan kegatalan. Dalam kes yang lebih teruk lagi, terdapat kulit yang lembab dan keputihan pada tapak kaki, kulit yang pecah dan jari yang tebal dan sakit. Baunya juga tidak menyenangkan.
 
 
JOCK’S ITCH (TINEA ITCH)
 
Kemaluan dan bahagian atas peha: kegatalan yang sangat teruk dan kulit yang kering. Kadang kala kawasan berwarna kemerahan, bersisik, dan kawasan yang mengeluarkan nanah dan cecair jernih.
 
 
RINGWORM
 
Kulit kepala atau bahagian badan tertentu (ketiak, kuku, kelangkang, kaki). Ia merupakan  jangkitan kulat yang berjangkit, berbentuk bulat yang mungkin bersisik dan sangat gatal. Ia juga mungkin berupa tompokan merah yang bersisik yang akan membesar sehingga saiznya seinci atau lebih. Sekiranya kuku yang dijangkiti, kuku itu atau tisu di bawah kuku menjadi tebal , tidak berwarna dan lembut.
 
 
TRUSH CANDIDA
 
Mulut atau kemaluan: jangkitan kulat dalam mulut. Ia menyebabkan kepingan putih seperti susu tetapi keras untuk ditanggalkan. Mungkin boleh menyebabkan luka dan sakit.
Pada bahagian kemaluan: Bagi orang dewasa, mungkin terdapat bendalir keputihan, gatal dan kemerahan pada bahagian kemaluan dan juga semasa hubungan seks. Bagi bayi, jangkitan kulat mungkin menyebabkan ruam. Pesakit yang obes berkemungkinan mendapat jangkitan kulat disebabkan terdapat bahagian yang lembab antara kulit yang berlipat.
 
FAKTOR PENYEBAB
 
ATHLETE’S FOOT (TINEA PEDIS)
Kulat membiak di bahagaian yang selalunya panas dan lembab seperti bahagian antara jari kaki, kemaluan dan antara kulit yang berlipat.
 
 
JOCK’S ITCH (TINEA CRURIS)
Tinea crusis tidak berjangkit. Penyebaran antara individu bukannya satu masalah. Pesakit yang mengalamiathlete’s foot biasanya turut mengalami jangkitan dan jangkitan berulang pada kemaluan.
 
RINGWORM
Jangkitan ini boleh merebak dengan sentuhan secara langsung atau tidak secara langsung dengan pesakit yang dijangkiti, apabila seseorang itu mengguna atau bersentuh sesuatu benda yang dicemari kulat (cth. pakaian, tuala, cadar dan kerusi)
 
THRUSH CANDIDA
Yis biasanya berada di dalam bahagian genital dan tidak menyebabkan jangkitan. Walaubagaimanapun terdapat faktor-faktor yang menyebabkan ianya membiak dengan berlebihan:
·         Anemia, iaitu kekurangan zat besi
·         Sistem pertahanan badan yang rendah
·         Orang yang sedang mengambil antibiotik
·         Luka pada kulit
·         Pesakit diabetes (lebih berisiko untuk jangkitan)
·         Perubahan hormon bagi wanita
·         Bahagian yang panas dan lembap (seluar dalam yang ketat akan memerangkap kelembapan
 
 
PENJAGAAN KENDIRI
 
ATHLETE’S FOOT (TINEA PEDIS)
·         Pastikan kaki dan kasut kering, keringkan kaki sebelum memakai stokin dan kasut.
·         Basuh kaki anda dengan sempurna dan rendam dua kali sehari ke dalam larutan pembersih.
·         Pakai stokin kapas
·         Keringkan bahagian di antara jari-jari
·         Sapu krim atau bedak antifungal sehingga 4 minggu walaupun kesan jangkitan telah hilang
·         Jangan gunakan krim steroid (hydrocortisone), mungkin jangkitan menjadi lebih teruk.
·         Basuh dan keringkan bilik air selepas menggunakannya bagi mengelakkan penyebaran jangkitan
·         Gunakan selipar yang diperbuat daripada getah dalam tandas, bilik air dan bilik mandi
 
 
JOCK’S ITCH (TINEA CRURIS)
·         Guna bedak atau losyen antifungal seperti untuk athlete’s foot.
·         Pastikan bahagian kemaluan bersih dan kering. Gunakan bedak untuk menyerap kelembapan.
·         Pakai seluar dalam kain kapas yang longgar
RINGWORM
·         Jangan berkongsi topi, sikat dan berus
·         Elakkan bermain dengan anjing atau kucing berkurap pada bulunya.
·         Sapu krim/ bedak/ syampu antifungal
 
 
THRUSH CANDIDA
 
  1. Oral thrush
·         Sapu gel antifungal atau gentian violet 0.5%
·         Apply oral antifungal gel or 0.5% gentian violet
  1. Ruam lampin bayi
·         Sapu krim antifungal
·         Pastikan bahagian punggung kering
·         Gunakan lampin pakai buang yang berkualiti dan sentiasa menukarnya
·         Dedahkan bahagian sulit yang dijangkiti bagi memastikan ianya kering dan dimasuki udara.    
 
  1. Jangkitan pada kemaluan
·         Pakai seluar dalam yang longgar dan diperbuat daripada kapas
·         Bersih dan keringkan bahagian genital selepas berenang
·         Kurangkan pengambilan gula
·         Bersihkan dari bahagian depan ke belakang selepas kencing
·         Elakkan hubungan seks sehingga jangkitan sembuh
·         Tingkatkan sistem pertahanan badan dengan senaman, pemakanan yang sempurna, berhenti merokok dan mengambil multivitamin
·         Mengambil antibiotik hanya apabila diperlukan
 
RAWATAN
Antikulat digunakan untuk merawat jangkitan kulat. Bentuk dos yang digunakan bergantung kepada jenis jangkitan sama ada ubat sapu atau ubat makan. Antara antikulat yang biasa digunakan untuk rawatan adalah:
·         Fluconazole (Diflucan)
·         Amphoterecin B – antikulat yang lebih poten, bagi jangkitan yang lebih serius dan bagi rawatan jangkitan yang telah resistan dengan antikulat yang lain
·         Ketoconazole
·         Itraconazole
·         Terbinafine (Lamisil)
·         Caspofungin
·         Griseofulvin
 
HUBUNGI DOKTOR SEKIRANYA
  • Bengkak, kemerahan dan nanah semakin banyak
  • Krim atau bedak antifungal tidak menunjukkan sebarang perubahan terhadap simptom selepas 2 minggu, dan jika selepas 4 minggu tidak hilang kesemuanya.
  • Pesakit yang dijangkiti adalah pesakit kencing manis
 
 
RUJUKAN
1.      Zakaria, A.F. Earache. Malaysia Healthcare Guide 1996
 
Websites:
 
  1. http://www.vh.org/
  2. http://denis.c@worldnet.att.net
  3. Self Care Guide, Pharmaceutical Services Division, Ministry of Health Malaysia
  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Mycosis
Previous
Next Post »

1 comment

  1. Info yang menarik mengenai jenis-jenis jangkitan kulat dan kaedah rawatannya. Yang penting kita harus sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian yang dipakai agar penyakit ini tidak dijangkiti.

    ReplyDelete

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)