EKZEMA

8:26 AM
APA ITU EKZEMA?

Ekzema adalah istilah umum untuk pelbagai jenis radang kulit (dermatitis). Bentuk yang paling biasa ekzema adalah atopik dermatitis. Ekzema boleh bermula pada semua peringkat umur, walaubagaimanapun, kira-kira 85% daripada mereka yang terlibat adalah kurang dari umur 5 tahun.  Sesiapa yang mengalami ekzema biasanya mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai ekzema atau penyakit seperti asma dan demam alergi.

APAKAH PENYEBAB EKZEMA?

Punca sebenar ekzema belum dikenalpasti, tetapi faktor-faktor yang mungkin terlibat termasuk:
·         Kecacatan kulit yang merosakkan fungsinya sebagai penghalang.
·         Fungsi sistem imun yang tidak normal.
·         Kecacatan gen yang menyebabkan keabnormalan dalam protein tertentu yang penting dalam mengekalkan kulit yang normal.
Bahan-bahan yang bersentuhan dengan kulit, seperti sabun, kosmetik, pakaian, bahan pencuci, barangan kemas, atau peluh. 
·         Alergen (bahan-bahan yang menyebabkan reaksi alergi).
·         Perubahan dalam suhu atau kelembapan.
·         Tekanan psikologi.

 
PENJAGAAN KENDIRI

Matlamat untuk rawatan ekzema adalah untuk mencegah kegatalan, keradangan, dan menhalang simptom menjadi lebih teruk. Petua-petua penjagaan kendiri termasuk:
·         Memastikan kulit terhidrasi melalui pemakaian krim atau salap.
·         Elakkan mandi terlalu kerap atau lama.
·         Mandi air suam selama lima minit, dan gunakan krim emolien seperti krim petrolatum dengan segera untuk mengekalkan kelembapan sementara badan masih basah.
·         Elakkan menyentuh bahan –bahan iritasi seperti sabun, minyak wangi, bahan pencuci, barang kemas, perengsa alam sekitar.
·         Pakai pakaian kapas yang longgar.
·         Gunakan kain atau pemampat sejuk untuk mengurangkan kegatalan.
·         Elakkan makanan yang menyebabkan alahan.
·         Kurangkan tekanan dengan senaman, meditasi, atau teknik pengurusan stres yang lain.
·         Pakai sarung tangan pelindung bagi aktiviti-aktiviti yang menggunakan air.
·         Elakkan aktiviti-aktiviti yang membuat anda panas dan berpeluh serta perubahan yang mendadak dalam suhu dan kelembapan
·         Kekalkan suhu sejuk di ruangan tidur untuk mengelakkan diri anda berpeluh.
 
 RAWATAN
 
PANDUAN PENGUBATAN KENDIRI- Ubat untuk Ekzema
(sila klik nama ubat di bawah untuk maklumat lanjut):
 
¨      Cetirizine
¨      Chlorpheniramine
¨      Loratadine
 
 
RUJUKAN:
  1. Laman web: http://www.medicinenet.com/eczema/page4.htm
  2. Laman web: www.ncbi.nlm.nih.gov
  3. Laman web: www.nlm.nih.gov/medlineplus/eczema.htm
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)