BATUK DAN SELESEMA

8:27 AM
Batuk dan selesema ialah gejala yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan apabila bahagian atas saluran pernafasan (hidung & tekak) dijangkiti oleh virus penyebab selesema. Secara semulajadinya, tubuh badan manusia akan menentang virus penyebab selesema. Kebiasaannya, seseorang individu itu akan mengalami simptom atau gejala selesema untuk 5 ke 7 hari. Selesema tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan, namun gejala selesema boleh dikurangkan dengan menggunakan rawatan perubatan dan bukan perubatan. Justeru itu adalah penting bagi seseorang individu untuk mengenali gejala-gejala tertentu serta memahami sediaan ubat yang berkesan dalam memberi kelegaan ke atas simptom tertentu. Mintalah bantuan atau nasihat daripada ahli farmasi anda berkaitan sediaan farmaseutikal untuk selesema yang sesuai dengan gejala yang anda alami.
Simptom
·         Hidung tersumbat / lelehan cecair hidung
·         Gatal / sakit tekak
·         Batuk
·         Sakit-sakit badan / sakit kepala ringan
·         Demam biasa
·         Keletihan ringan
 
PENYEBAB BATUK & SELESEMA
‘Rhinovirus’ ialah jenis virus yang paling kerap menyebabkan jangkitan ini kerana ia amat senang berjangkit. Virus selesema memasuki badan melalui mulut dan hidung. Ia merebak melalui titisan cecair di udara dan juga melalui sentuhan tangan, berkongsi alat yang digunakan oleh orang yang dijangkiti seperti tuala dan telefon. Sekiranya anda menyentuh mata, hidung atau mulut anda setelah terdedah kepada barang-barang yang telah dijangkiti, kemungkinan besar anda akan dijangkiti batuk & selesema.
PENJAGAAN KENDIRI
Anda mungkin tidak dapat menyembuhkan batuk selesema, tetapi anda boleh melakukan perkara di bawah untuk memastikan anda berasa selesa. Tips berikut boleh membantu :
  • Sentiasa bersihkan tangan anda. Kerap bersihkan tangan.
  • Berus/bersihkan barang anda. Sentiasa bersihkan dapur dan bilik air anda.
  • Guna kertas tisu. Sentiasa bersin dan batuk pada kertas tisu dan terus buang ke dalam tong sampah. Basuh tangan anda.
  • Jangan kongsi. Jangan kongsi minuman atau barangan peribadi dengan ahli keluarga.
  • Jauhi pengidap selesema. Elak perhubungan rapat dengan orang yang mengidap selesema.
  • Hindari dari mengambil ubat sama yang mungkin terkandung dalam pelbagai jenama ubat demam dan selesema. Sebagai contoh; sesetengah ubat selesema dan batuk mengandungi kombinasi ubat paracetamol atau chlorpheniramine.
  • Minum banyak air. Air, jus dan bubur jernih atau air limau suam merupakan pilihan yang baik. Ia membantu menggantikan kehilangan banyak air semasa penghasilan kahak. Merokok dan minuman berkafein boleh menyebabkan dehidrasi yang seterusnya akan menambah symptom batuk & selesema.
  • Dapatkan rehat mencukupi. Rehat di rumah jika anda demam, batuk teruk atau mengantuk akibat kesan sampingan ubat. Gunakan topeng mulut apabila anda selesema.
  • Laraskan suhu dan kelembapan bilik anda.Laraskan suhu bilik anda kepada sederhana panas. Jika udara bilik adalah kering, air penyembur lembapan dapat melembapkan udara dan membantu mengurangkan batuk dan hidung tersumbat.
  • Legakan tekak anda. Air garam sebagai ubat kumur mulut - A saltwater gargle — 1/4 to 1/2 sudu teh garam dilarutkan dalam 8-ounce (237 milliliters) air suam, boleh melegakan sakit tekak.
RAWATAN
 
PENGUBATAN KENDIRI – Ubat untuk Batuk & Selsema
(sila klik nama ubat untuk maklumat lanjut):
 
¨      Acetylcysteine
¨      Ambroxol
¨      Bromhexine
¨      Carbocysteine
¨      Cetirizine
¨      Chlorpheniramine
¨      Desloratadine
¨      Dextromethorphan
¨      Diphenhydramine
¨      Guaifenesin
¨      Loratadine
·         Ubat titis hidung ‘Normal Saline’. Untuk melegakan hidung yang tersumbat, anda boleh mencuba ubat titis hidung ‘Normal Saline’. Ia boleh dibeli tanpa menggunakan preskripsi di farmasi. Ia selamat, berkesan dan tidak merengsakan digunakan walaupun pada kanak-kanak Bagi bayi, pakar menyarankan agar menitik beberapa titis ubat ini ke dalam lubang hidung bayi, kemudian menyedut lembut keluar cecair lelehan hidung menggunakan ‘bulb syringe’. Berbuat begini sebelum menyusukan bayi dapat meningkatkan kebolehan bayi untuk menyusu / tidur malam.
Hubungi doktor anda jika:
 
·         Demam dengan suhu 39.4ºC atau lebih tinggi
·         Demam diikuti dengan berpeluh, ketar dan batuk dengan kahak berwarna
·         Pembengkakan kelenjar yang ketara
·         Kesakitan pada saluran hidung yang teruk
·         Gejala demam atau selesema yang tidak baik selepas seminggu
·         Batuk yang semakin berkahak serta keadaan semakin teruk
·         Batuk yang diiringi dengan penghasilan bunyi pada paru-paru, demam, berpeluh malam, pengurangan berat badan dan kahak yang mengandungi darah.
 
Rujukan:
 
1.    Laman web: http://www.mayo.edu/
2.    Laman web: http://www.aafp.org/afp/index.html
3.    British National Formulary
4.    Health Guide
5.    Self-Care Pharmacy Health Information
6.    Patient Education 3rd Edition. McGraw Hill International Edition (2001) John Murtagh
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)