Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

8:07 AM
Bear dalam gambo ni nak Share Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau dengan korang semua, hehehehehe.. Yup.. teman memang ambil serius bab ni, sebab kesihatan tu kan penting.. kalau kita tau kita ni takde tahap kesihatan yang perfect, seelok2nya cubalah sedaya upaya jaga ia sebaik2nya kan! hu2.. teringat bos adik teman pernah berkata "Kalau Badan Tak Sihat bukan sebab Penyakit, Tapi Sebab  Tuan Punya Diri Taknak Jaga Kesihatan Sendiri" 

hu3.. ada betul gak kata dia tu, tapi teman idak lea nak bos camtu.. kang kita betui2 tak sihat terus tak dapat MC.. walau dah berguling sakit pun bos still tak bagi cuti.. huwarghh .. kalau pingsan berjam2 maybe baru dapat cuti kott.. kekekeke..

Apa-apa pun semuanya dari Allah.. sakit, pening, rezeki, akal, Jodoh dan macam2 lagi semuanya dari Allah.. kalau kita usaha nak sihat ke apa, kalau Allah nak duga gak apa mampu kita buat dah kan? Okeh.. takmo ngomel banyak2.. jom baca Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau kat bawah ni.. 


Kesan Kesihatan Dan Risiko Disebabkan Cuaca Panas Melampau
  • ·         Keletihan/Kelesuan Akibat Dari Panas (Heat Fatigue)
  • ·         Pitam/Pengsan Akibat Dari Panas (Heat Syncope)
  • ·         Kekejangan Akibat Dari Panas (Heat Cramps)
  • ·         Keletihan/Kepenatan Akibat Dari Panas (Heat Exhaustion)
  • ·         Strok Akibat Dari Panas (Heat Stroke)

Tanda Dan Gejala Kesihatan Berkaitan Dengan Cuaca Panas Terik
Berikut kesan-kesan awal masalah kesihatan berpunca dari cuaca panas. Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai bergantung kepada situasi atau keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa yang selalu dihadapi ialah ;-
  • ·         Sakit Kepala
  • ·         Keletihan
  • ·         Tumpuan Lemah
  • ·         Pening
  • ·         Lemah Otot–Otot Badan Atau Kekejangan
  • ·         Mual Dan Muntah

Tips Dan Cara Mencegah Risiko Dan Bahaya Akibat Cuaca Panas Melampau. Mencegah Adalah Baik Daripada Mengubati. Terutamanya Untuk Mereka Yang Berisiko Tinggi, Adalah Dinasihatkan Untuk Berhati-Hati Dalam Keadaan Cuaca Panas. Di Bawah Adalah Tip–Tip Pencegahan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tips Ketika Cuaca Panas Melampau, Perlulah
  • ·         Minum Dengan Banyak, Tanpa Mengira Tahap Aktiviti Anda. Jangan Tunggu Hingga Anda Dahaga.
  • ·         Minum Minuman Isotonik Kerana Ia Boleh Menggantikan Garam Dan Mineral Yang Hilang Semasa Berpeluh.
  • ·         Berada Di Dalam Rumah/Bangunan
  • ·         Hadkan Aktiviti Luar
  • ·         Berehat Dengan Kerap
  • ·         Mandi Atau Buka Kipas Angin Untuk Meyejukkan Anda
  • ·         Pakai Pakaian Yang Ringan, Berwarna-Terang, Dan Longgar.
  • ·         Pakai Topi Atau Payung Yang Besar

Tips Ketika Cuaca Panas Melampau, Elakkan
  • ·         Minum Minuman Yg ber Kafein, Alkohol @ Kandungan Gula Yg Tinggi.  
  • ·         Membiarkan Seseorang Di Dalam Kereta Yang Bertutup.
  • ·         Bersenam Dalam Cuaca Panas
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)