Kencing manis potong kaki!

4:30 AM
Untungnya orang yang dapat berpuasa dalam bulan yang baik ini. Saya belum berkesempatan lagi untuk berpuasa dalam bulan rejab ni atas sebab-sebab kesihatan.


Semalam saya ke Klinik Kaki di PPUM lagi sekali. Saya ada appointment dengan pakar kaki di situ. Sejak akhir-akhir ni tapak kaki saya selalu berdenyut dah hampir 4 bulan. Saya dah jumpa doktor di klinik dan pakar diabetes di klinik perubatan PPUM. Semuanya kata sakit tu disebabkan saraf saya.

Kata doktor pakar kaki tu, saya kena berpantang lebih banyak lagi untuk menjaga paras gelugos dalam darah.

Setiap kali saya ke klinik kaki ni hati saya selalu sedih dan seram sejuk. Mana tidak disini kita akan melihat suasana yang menyayat hati kerana kebanyakan yang datang ke sini semuanya menghadapai diabetes yang teruk sehingga menyebab kaki, jari kaki dan lain-lain bahagian waima ada yang dari lutut ke kaki dipotong. Saya perhatikan kebanyakan mereka taklah terlalu tua sangat, ada setengah tu masih bekerja lagi.

Ehsan google

Kebetulan terbaring bersebelahan katil saya semalam seorang lelaki india berusia akhir 40 an atau di awal 50 an yang telah dipotong ibu jari kakinya. Saya tanya dia bagaimana ianya terjadi. Katanya, mula asalnya dia nampak di ibu jari kakinya ada luka sedikit. Dia terus berjumpa doktor. Doktor berikan dia antibiotik tapi dalam masa 4 hari 'on antibiotic' kakinya dah bertukar hitam dan rosak dan terpaksa dipotong.

Doktor yang saya jumpa selalu nasihatkan supaya di semak kaki selalu. Katanya biarlah orang lain tilik muka mereka tapi orang diabetes kena tilik kakinya setiap hari.

"Penjagaan kaki amat penting bagi penghidap diabetes. Ini kerana, diabetes akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi lebih tinggi daripada normal. Lama-kelamaan, paras gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan saluran darah dan saraf dalam badan. Kerosakan saraf boleh menyebabkan kesakitan atau kehilangan deria rasa pada bahagian-bahagian badan dan boleh menyebabkan kaki tidak mendapat bekalan darah yang baik."

Untuk tahu sepenuhnya, silalah singgah SINI. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari artikel ini.
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)