Sembelit Selepas Bersalin : Cara Mengatasinya

5:30 AM
Sembelit ialah satu keadaan di mana kita sukar untuk membuang air besar atau jarang membuang air besar. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Bagi orang yang mempunyai kesihatan yang normal, sepatutnya boleh membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari.
  • Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
    •   Kurang serat dalam diet.
    •   Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
    •   Pengambilan ubat-ubatan (terutamanya herba).
    •   Penyalahgunaan julap.
    •   Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
    •   Kekurangan air.
    •   Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
    •   Masalah dengan kolon dan rektum.
    •   Masalah dengan fungsi usus.
Akan tetapi, sesiapa yang sering terkena sembelit perlulah berhati-hati kerana sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh tindakan menahan untuk membuang air besar.
Bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. Ini termasuk juga kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ditakuti ‘sejuk’. Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.
Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:
  1. Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
  2. Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
  3. Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.
Untuk mengatasi masalah sembelit selepas bersalin, cubalah cara-cara ini untuk mecegahnya:
sembelit (1)
  • Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.
  • Elak tabiat menahan untuk membuang air besar. Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)