8 Jenis Makanan Perlu Dimakan Ketika Datang Bulan Atau Period

8:09 AM
Apabila seorang wanita datang bulan pastinya badan terasa kurang enak bukan.. ada sahaja yang tidak kena. Jika anda seorang lelaki tidak salah untuk membaca tips-tips yang kami kongsikan. Bukan apa untuk isteri kalau yang belum kahwin untuk bakal isteri.  8 Jenis Makanan Perlu Dimakan Ketika Datang Bulan 

1. Air
Mungkin kedengaran kurang bijak tetapi hakikatnya ramai wanita yang terlupa bahawa mereka sedang kehilangan banyak cecair daripada badan. Jadi badan anda ketika ini memerlukan lebih air  dan sebaiknya minum air kosong.

2. Sayuran hijau
Sarat dengan nutrien besi yang diperlukan  tubuh ketika sedang datang haid.Namun jangan terlalu banyak  untuk mengelakkan kembung perut.

3. Ikan
Ikan salmon dan tuna antara yang mengandungi Omega 3 dan lemak asid yang baik untuk merehatkan otot dalam badan dan mengurangkan kekejangan anda.

Tips: 8 Jenis Makanan Perlu Dimakan Ketika Datang Bulan Atau Period

4. Pisang 
Salah satu daripada sumber utama kalium, pisang kaya dengan vitamin B6 dan lain-lain kesan glukosa darah yang membantu meningkatkan mood anda. Pisang juga juga boleh membantu mengawal usus kerana ramai wanita mengalami cirit-birit semasa tempoh ini.

5. Kekacang
Kacang, seperti juga  sayur-sayuran hijau, adalah sumber za besi yang sangat baik dan pengambilan kekacang adalah cara yang cepat dan  mudah untuk mengembalikan keseimbangan badan anda. Seperti sayur-sayuran hijau, ia harus dimakan secara sederhana kerana kekacang terkenal sebagai makanan berangin , yang seterusnya membawa kepada kembung perut.

6. Daging merah
Daging ayam atau lembu misalannya akan meningkatkan kandungan zat besi dalam badan. Jika diambil bersama sayuran hijau dan kekacang  tahap zat besi dalam badan anda akan pulih dalam masa yang singkat.

7. Coklat
Walaupun terdapat perdebatan mengenai kandungan kafein dan gula yang tinggi cioklat telah terbukti secara saintifik  melepaskan serotonin, kimia yang membuat mood menjadi baik. Coklat juga mengandungi magnesium yang baik untuk tempoh ini. Sebaiknya ambil coklat gelap dan dalam kuantiti sederhana kerana pengambilan yang terlalu banyak ( terutama coklat susu)  akan mebawa kepada masalah berat badan dan kembung perut.

8. Vitamin C
Ambil buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C seperti oren untuk mengurangkan simptom PMS.
*  Elakkan pengambilan garam, kafein dan alkohol kerana makanan ini akan meningkat simptoms PMS dan senggugut.
* Elakkan pengambilan gula yang banyak kerana gula hanya memperbaiki mood anda untuk jangka waktu pendek sahaja, seterusnya akan membuatkannya menjadi lebih teruk.
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)