Tanda-tanda penyakit jantung

12:13 PM
Tentu ramai yang berasa takut apabila dikaitkan dengan penyakit ini kerana penyakit ini sering datang secara tiba-tiba sehingga menimbulkan kematian. Sebenarnya serangan sakit jantung adalah berlainan di antara individu. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Terdapat sakit jantung yang berlaku secara tiba-tiba, tetapi kebanyakan kes adalah di mana mangsa tersebut dapat merasa tanda atau gejala serangan jantung tersebut lebih awal.


Berikut merupakan beberapa petunjuk yang boleh dijadikan panduan sekiranya terdapat gangguan pada jantung anda;

©Pening, pengsan,rasa susah nafas atau sesak nafas.Anda akan mengalami kesukaran ketika 
   melakukan aktiviti seperti menaiki tangga, menyapu atau berjalan sedangkan anda tidak 
   pernah mengalaminya sebelum ini.

© Sakit otot yang berlarutan dibahagian leher.




©  Rasa nyeri atau sakit pada bahagian-bahagian badan seperti lengan, bahu, rahang dan telinga.

©  Rasa sempit dan tertekan pada bahagian tengah ruang dada yang berterusan untuk beberapa 
    minit.

©    Masalah seksual pada lelaki (dysfungsi ereksi)

©   Gangguan pencernaan,mual atau pedih ulu hati terutama pada wanita

Adakah anda pernah mengalami gejala-gejala diatas???Sekiranya "ya"....JANGAN ABAIKAN!! 
Anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin untuk membuat  pemeriksaan lanjut kerana anda mungkin salah seorang penghidap sakit jantung.
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)