PETUA MELICINKAN KULIT MUKA..

7:23 PM
1. Ambil tepung pulut dan campurkan sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di bahagian muka anda dan apabila bangun pada keesokkan harinya, cuci muka anda dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

2. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke kulit muka anda. Biarkan selama tiga hingga lima minit sebelum dicuci sengan air suam. Amalkan selalu bagi menampakkan kesan yang ketara.

3. Kisar dua biji buah tomato bersama sedikit gula dan air. Tapiskan dan minum airnya di setiap pagi. Lakukan sekerap yang mungkin agar kulit muka anda bertambah licin.


4. Ambil wap air nasi atau buih atau yang sedang ditanak. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama 30 minit. Lakukan setiap hari dan anda boleh lihat hasilnya.

5. Ambil sedikit beras dan rendam selama dua hari. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam tadi. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.
Previous
Next Post »

4 comments

  1. Dulu MJ kerap gunakan yang cara 2..
    Masa tu nak kawen punya pasal..heheheee

    ReplyDelete
  2. itu kira bajet gak tuh kan MJ

    ReplyDelete
  3. nak cube buat yg 1, yg 2 tu dulu mase kecik2 mak dah ajar tapi x pernah buat THANKS petuanye

    ReplyDelete
  4. stail traditional skit, tapi selamat

    ReplyDelete

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)