Senaman Kecilkan Paha

5:30 AM

Peha terlalu besar, kaki pula terlalu kecil. Dah macam buah pear :) Ramai macam ni kan. Tapi ada tips tak nak kuruskan paha nih? Malu kan kalau paha besar? Tapi kalau pakai kain takde le nampak, kalau pakai seluar camne? Alamak tak sanggup sdk hadapi situasi nih ( sdk ) belum alami masalah ni lagik.Selain berjogging untuk membuang lemak di peha, jom belajar senaman khas untuk kecilkan peha.Senang saja. Boleh lakukan di dalam rumah.

Caranya adalah:

Langkah 1 – Sandar di dinding




Bersandar di dinding. Pastikan kepala, belakang dan punggung betul-betul rapat ke dinding seperti gambar di atas. Jarak posisi kaki adalah lebih kurang 18 inch dari dinding.


Turunkan badan ke bawah sehingga kita berposisi seperti kerusi. Pastikan kaki kita tidak bergerak. Tahan selama 30 saat. Kembali ke posisi asal. Ulangi selama 5 minit.

Langkah 2 – Menaiki Tangga


Berdiri di sebelah tangga. Silangkan kaki kiri dan letak di atas satu anak tangga seperti gambar di atas.


Menaiki tangga dengan menggunakan kaki kiri sehingga kaki kanan kita terangkat. Kemudian kembali ke kedudukan asal. Lakukan selama 5 minit. Kemudian tukar ke kaki kanan pula.

Langkah 3 - Lunge


Berdiri tenang sambil meletakkan kedua-dua tangan anda di pinggang.


Ambil langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri sehingga peha kiri kita mendatar. Pastikan lutut kiri tidak melebihi kaki kiri. Kaki kanan kita pula dalam posisi bengkok sedikit. Pastikan badan kita tegak. Kemudian kembali ke posisi asal. Ulang langkah ini selama 5 minit. Kemudian lakukan pada kaki kanan pula.
Previous
Next Post »

2 comments

  1. Ok boleh try praktiskan.. TQ tau..
    Tp taktau mampu bertahan lama mana ;)

    ReplyDelete
  2. kena dapatkan sokongan keluarga, mesti jadi

    ReplyDelete

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)