Sakit Belakang - Puncanya dan petua

5:30 AM
Dianggarkan 80% orang dewasa pernah mengalami masalah sakit belakang dalam kehidupan mereka.Malah, sakit belakang dan sakit tengkuk atau leher adalah kesakitan paling lazim yang memaksa pesakit bertemu doktor, selain menjadi penyebab utama kecacatan, meninggalkan kerja dan membabitkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi.Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan.

Antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:

* Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
* Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
* Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
* Berdiri terlalu lama.
* Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
* Duduk membongkok di kerusi.
* Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
* Memakai kasut bertumit tinggi.
Kebanyakan masalah tulang belakang boleh dicegah kerana ia berlaku akibat mekanikal tubuh dan postur atau kedudukan yang tidak baik menyebabkan tulang belakang dibebani tekanan yang tidak normal.
Penyebab sakit belakang dan leher paling lazim bermula pada tisu lembut seperti otot, tendon dan ligamen dalam struktur ini. Ia berlaku akibat kecederaan yang menimpa struktur ini.
Masalah seperti Arthritis Degeneratif pada spina di leher (spina cervical) boleh mencengkam saraf dan menyebabkan leher dan bahu sakit. Penyakit cakera degeneratif pada bahu (cervical spondylosis) pula boleh menyebabkan sakit leher setempat yang tidak membabitkan kawasan lain.
Kunci utama dalam menjaga kesihatan belakang badan dan leher menumpu kepada tiga perkara iaitu belajar mempraktikkan postur yang baik, bijak menggunakan mekanik tubuh dengan baik ketika melakukan aktiviti seharian dan kerap bersenam (amalan senaman yang sesuai).
Asas penjagaan kesihatan leher dan belakang bermula dengan postur. Ini kerana kedudukan badan yang tidak betul adalah antara penyebab masalah spina dan boleh menyebabkan kesakitan sedia ada semakin teruk. Lebih serius lagi, ia juga boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih kronik dan sengsara berpanjangan.
Penjagaan asas postur yang baik ialah mengekalkan kedudukan tulang belakang atau spina yang neutral iaitu memastikan tiga lengkuk semula jadinya berada pada kedudukan betul.
Tiga lengkuk itu merujuk kepada lengkuk kecil pada dasar leher, bulatan kecil di tengah bahagian belakang dan lengkuk kecil di bawah belakang badan. Spina yang neutral tidak terlalu bulat ke depan mahupun terlalu melengkung ke belakang.

Petua elak sakit belakang:

* Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
* Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
* Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
* Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
* Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
* Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
* Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
* Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
* Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
* Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.
Tahukah anda bahawa dengan pemakaian Premium Beautiful sahaja mampu menyelesaikan masalah sakit belakang anda? Premium Beautiful mampu menegakkan tulang belakang anda, memperbetulkan posture anda dan membaiki kedudukan tulang anda dengan betul.
Apabila anda berdiri, duduk, rukuk, berjalan anda akan berada pada kedudukan yang sentiasa tegak. Tanpa rasa kesakitan sedikitpun, malahan tanpa sedar, anda sebenarnya sudah tampak segak dan tinggi.
Tahukah anda bahawa Premium Beautiful juga telah mendapat penganugerahan Chiropractic - Badan Kesihatan Dunia? Dengan memiliki one full set of Premium Beautiful kiter akan bebas daripada sakit belakang dan pinggang...:)
Furthermore, Premium Beautiful memang sangat sesuai bagi wanita berkerjaya di mana mereka perlu duduk dan menghadap komputer untuk jangkamasa yang lama, kerana dengan pemakaian corset ini boleh melindungi tulang belakang mereka...:)
Previous
Next Post »

1 comment

  1. MJ selalu sakit bahu dan leher.. kadang rasa berat sangat..
    rasanya mungkin stress time keje kot :D

    ReplyDelete

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)