Petua Merawat Tumit Kaki Pecah (Merekah)

1:33 PM
Masalah tumit kaki merekah pada mulanya memang tidak menyakitkan. Tapi jika dibiarkan terlalu lama, ia mungkin berdarah. Perkara ini bukan saja terjadi kepada mereka yang berusia, malah golongan muda tidak terkecuali. Kalau badan dah berat, tekanan pada kaki lebih, tumit kaki akan merekah. Lagi satu, kalau kulit kat tumit kaki dan mengeras, boleh membuatkan merekah dan nampak macam luka, kena air pedih ya.


Tumit Pecah

Enam jenis petua merawat tumit kaki pecah!


Petua 1

Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam.

Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan dengan kerap sehingga memperoleh kaki halus dan cantik.

Petua 2

Sapukan losyen di tapak kaki sekurang-kurangnya dua kali sehari. Lakukan sehingga kaki sembuh.

Petua 3

Sapukan getah betik muda ke tempat yang merekah sehingga kulit kaki dalam keadaan seperti sedia kala. Namun ia perlu dilakukan dengan kerap.

Petua 4

Selain itu, anda boleh juga menggunakan belimbing buluh. Dengan cara menggosok tumit kaki dengan buah itu. Kemudian guna berus lembut untuk menyapu belimbing buluh di permukaan tumit kaki.

Petua 5

Petua yang seterusnya, rendamkan kaki dengan air suam dan gosokkan dengan bawang putih sehingga tumit kaki kembali halus seperti dulu.

Petua 6

Kadang-kadang berdiri terlalu lama di dapur atau tempat kerja membuatkan tumit kaki akan keras dan merekah. Jadi cara yang betul adalah gunakan selipar walaupun ketika di dalam rumah tapi pastikan selipar itu bersih dan selamat digunakan. Selamat mencuba!
Previous
Next Post »
0 Komentar

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)