Resepi Tiramisu Style Biskut Marie Mudah dan Sedap

6:31 PM
Untuk entry kali ni..saya nak share cara-cara untuk buat tiramisu.. sebenarnya dah lama mengidam nak makan kek tiramisu ni..tapi kadang-kadang susah nak cari..jadi apa lagi, saya pun pergilah menjelajar kat blog-blog yang ada share cara-cara untuk buat tiramisu ni.. Alhamdulillah, banyak yang saya jumpa.. rupanya tak lah susah sangat nak buat tiramisu ni.. padahal kalau beli kat kedai, mak aii mahal kot.. jadi dengan semangat yang kuat untuk makan tiramisu ni, saya pun carila bahan-bahannya dan buat tiramisu ni..

Kek Tiramisu Strawberry
Kek Tiramisu Strawberry
Cara-cara untuk buat tiramisu ni saya ambik dari blog Kak Ana….  Kak Ana ada bagi resepi untuk buat tiramisu ni dalam dua versi.. nak tengok bolehla jenguk-jenguk di SINI dan SINI.. tapi cara dan bahan-bahan yang Kak Ana ajar, ada yang saya ubah sikit..huhu….kasi “curang” sikit.. ada bahan-bahan yang tak sama sebab factor kekurangan bahan..tapi rasa dia still kaww dan sedap.. berlomak lagi tuh.. ^_^
Ok,mula-mula saya nak perkenalkan bahan-bahan yang perlu ada untuk buat tiramisu ni.. oh ye! Kebanyakkan gambar yang saya provide ni saya ambil dari blog Kak Ana dan dari Hencek Google.. masa buat tak sempat nak snap sangat..so, jom kita sama-sama tengok dan belajar ^_^

Bahan-bahan Resepi Tiramisu Style Biskut Marie Mudah dan Sedap;

Bahan-bahan yang kita perlu ialah:
Mixer
Mixer
Okay, bahan pertama dan wajib kena ada ialah mixer. Ha…kalau tak ada mixer ni susah sikit nak sebatikan bahan-bahan.. maka berketul-ketulla lengan kalau mix guna manual..huhu.. mahu lenguh tangan kalau mix pakai manual..so, gunalah mixer ni ye..
Roti perancis, biskut marie atau kek sponge
Roti perancis, biskut marie atau kek sponge
Ok untuk bahan yang ke DUA ni..korang boleh pilih mana yang korang nak guna.. antaranya kek sponge, biskut marie(tak kisah perisa apa pun), roti panjang perancis(boleh beli kat Giant dengan harga rm1) dan boleh jugak menggunakan biskut tiramisu a.k.a ladyfinger..biasanya orang guna kek sponge atau ladyfinger tapi saya guna biskut marie dan roti panjang perancis ni sebab tak sempat nak beli kek sponge..
Whipping cream
Whipping cream
Okay, untuk bahan ke TIGA ialah whipping cream.. guna dalam 250ml… tapi kalau beli yang kotak kecik just ada 200ml je kan??tak pe..boleh je guna yang 200ml tu..tak menjejaskan rasa pun.. J whipping cream ni ada macam-macam brand.. boleh dapatkan di mana-mana pasaraya.. oh satu lagi, ingat ye Whipping cream bukannya whipped cream..ada beza dua cream ni ye..tapi hari tu saya cari whipping cream tak ada, so saya guna je whipped cream..huhu.. tapi maybe whipping cream lagi better la..
Cream cheese
Cream cheese
Okay, bahan yang ke EMPAT ialah cream cheese!! Ni bahan penting jugak tau.. cheese ni ikut korang la nak guna brand apa pun.. saya guna Tatura cream cheese je.. ada orang kata guna mascarpone cheese lagi sedap dan mantap! Tapi cheese jenis ni susah nak cari..biasanya ada kat kedai-kedai bakery and harganya pun cantek sangat-sangat!!hehe..
Serbuk koko atau milo
Serbuk koko atau milo
Okay, next bahan ke LIMA ialah serbuk koko atau milo..ni untuk tabur nanti.. ha! Korang juga boleh gunakan nestum untuk tabur.. J tapi saya guna milo je.. guna bahan yang dah ada…hehehe
Sunquick, nescafe, ribena, susu atau milo untuk melembapkan biskut
Sunquick, nescafe, ribena, susu atau milo untuk melembapkan biskut
Okay, bahan ke ENAM ialah untuk melembabkan kek sponge@biskut marie@ladyfinger@roti panjang kita tu nanti.. biasanya orang guna Nescafe untuk melembabkan tu..tapi ada sesetengah orang tu tak boleh minum Nescafe kan??jadi korang bolehla gunakan air-air lain untuk melembabkan kek tu..tak ada masalah..tapi kalau susu tu tak di galakkan sangat sebab cheese dan whipping cream tu kan dah berlemak…so takut nanti jadi muak sangat..
Esen vanilla
Esen vanilla
Bahan ke TUJUH ialah esen vanilla.. hanya gunakan untuk 1sudu teh je..
Gula castor atau gula pasir
Gula castor atau gula pasir
Bahan ke LAPAN ialah gula.kalau ikut resepi Kak Ana, dia guna gula kastor tapi kat rumah saya tak ada gula kastor.jadi saya guna je gula pasir kasar..hehe.. ada kecurangan di situ.. ikut sukatan gula kastor yang Kak Ana bagi, dia guna stengah cawan gula kastor tapi saya guna gula pasir.. jadi saya kurangkan sikit sukatan tu.. tak mau manis-manis
Filling blueberry dan filling strawberry
Filling blueberry dan filling strawberry
Okay untuk bahan yang ke SEMBILAN ni ialah strawberry filling or blueberry.. ikut korang la nak guna atau tak.. tapi seriously kalau ada filling ni lagi best rasa dia…huhu.. tapi ikut atas tekak korang la nak macam mana.. saya guna ni pun sebab kebetulan ada sikit kat rumah..
Yeah!! Itulah antara bahan-bahan yang kena ada..sekarang jom kita belajar step by step macam mana nak buat tiramisu yang senang ni..

Cara-cara membuat Resepi Tiramisu Style Biskut Marie Mudah dan Sedap;

"Step
whipping cream->esen vanilla” class /> Step pertama: mix cream cheese-> whipping cream->esen vanilla-> gula
Okay, step pertama macam yang dalam gambar. Korang masukkan cream cheese dalam mixer.. lepas tu step kedua korang masukkan whipping cream 200ml/250ml pulak.. next, step ketiga masukkan sesudu teh esen vanila pulak.. dan masukkan stengah cawan gula kastor atau gula pasir dalam mixer ni jugak.. sorry, part gula tu tak ada dalam gambar..hehe.. then korang putar dan sebatikan semua bahan-bahan tu macam dalam gambar di step ke 4 tu… guna kan pada kelajuan paling rendah dulu then baru naikkan slow ok..jangan cepat-cepat..pastikan sebati tau semua bahan tu.. bila dah siap dan sebati, korang ketepikan dulu ye..
Bancuh nescafe
Bancuh nescafe
Korang ingat tak antara bahan-bahan untuk melembabkan kek tadi?okay, Korang ambik mana-mana bahan yang korang nak guna tu, bancuh dengan air tanpa gula..jangan banyak sangat.. just nak bagi kek atau biskut yang kita guna nanti lembab je..
lembapkan biskut marie
lembapkan biskut marie
Okay, seterusnya. Bila dah bancuh air tadi, tuangkan sedikit atas satu mangkuk atau pinggan. Dalam dua tiga sudu je letak air yang dibancuh tadi tu. Pastu ambik biskut atau kek sponge korang dah rendam dalam pinggan tu. Terbalikkan belakang depan..tapi korang jangan rendam lama sangat tau..just nak lembabkan kek tu je..jangan sampai lembik pulak. Lepas dah lembabkan tu, susun cantik-cantik dalam bekas yang korang nak buat tiramisu tu..pilih la bekas yang lutsinar ye, Nampak cantik sikit kalau tengok dari luar..boleh Nampak lapis-lapis tu..
masukkan biskut berselang-seli dengan bahan dari step pertama dan juga milo tabur
masukkan biskut berselang-seli dengan bahan dari step pertama dan juga milo tabur
Okay, lepas dah letak kek atau biskut tu, korang ambik bahan-bahan dalam mixer tadi.. lepas tu letak dalam bekas yang berisi kek tu..macam gambar 1 tu..ikut suka hati korangla nak letak banyak mana..  lepas tu, macam yang gambar 2 tu, korang tabur serbuk koko ataupun milo atas cream tadi.sila guna penapis ye..sebab nak bagi Nampak lawa..tak la berketul-ketul sangat koko tu.. done!lepas tu korang just ulang je semula step tu dari awal..letak kek,cream,tabor milo.. siap!! Ikut korang la nak ulang step tu berapa kali..saya buat 3 lapis..tapi rasanya dua lapis dah cukup..saya kekurangan bekas masa ni..huhu..tu yang buat tiga..
EH! Tapi untuk siapa yang ada strawberry filling atau blueberry tu tadi, korang kena letak filling tu dulu tau..baru letak kek atau biskut tu tadi..tengok pick at bawah ni.. saya tunjuk step by step..
Selang-seli biskut dan filling strawberry
Selang-seli biskut dan filling strawberry
Macam yang korang tengok pada pic kat atas ni.. untuk yang nak letak filling, cara dia berbeza.. macam dalam gambar 1, mula-mula korang kena letak strawberry filling or blueberry dulu. Lepas tu, gambar 2, korang letak biskut or kek yang korang nak tu.. biskut tu kena lembabkan jugak tau. Gambar 3, masukkan cream dalam bekas tu.. then, korang ulang balik step-step kat atas tu.. buatla dalam dua lapis je..saya terlebih buat..hehe… agak cepat muak kalau buat berlapis-lapis sangat..
Tiramisu simple, tiramisu strawberry  dan tiramisu blueberry yang dah siap..yeah!!
Tiramisu simple, tiramisu strawberry dan tiramisu blueberry yang dah siap..yeah!!

Macam mana?okay tak penjelasan saya tadi?faham tak? Senang je kan nak buat tiramisu yang enak lagi ohsem ni! So lepas ni korang bolehla try buat sendiri tanpa perlu beli mahal-mahal kat kedai.. kalau yang ada suami dan anak-anak tu,  mesti diorang suka kalau korang buat untuk diorang.. makin bertambah sayang dan erat family korang tau!good luck ye.. kalau ada apa-apa yang tak faham, bolehlah tanya saya. 
First

4 comments

  1. tatura tu gune brape paket ? 1 je ke ?

    ReplyDelete
  2. satu je puan, tq berkunjung ke sdk

    ReplyDelete
  3. Senang.. antara rajin dengan M je kan..hehee
    Rumah MJ takdak mixer, rasanya blender pun boleh ni :D

    ReplyDelete
  4. boleh jer tu Myra

    ReplyDelete

SDK ucapkan terima kasih kerana tinggalkan komen dan "Amalkan Gaya Hidup Sihat" :)